Wednesday, August 12, 2009

'KELAHIRANKU'

"kedamaian membawa ketenangan"

Bagaikan permata di atas mahkota, Dimal Chalet telah dibuka pada 03062009 yang menawarkan destinasi yang aman dan damai jauh dari hiruk-pikuk di perkampungan. Ia terletak sejauh 15 minit perjalanan kereta dari tol Gopeng.Ketibaan sesiapa yang tidak dirancang untuk ke Gopeng boleh singgah di teratak chalet kami di Dimal Chalet, Kampung Jahang untuk berehat dan bercadang untuk meneroka ‘melihat dunia’.

Dimal Chalet menawarkan tempat penginapan tepi sungai yang paling indah dan mempesona dan membolehkan anda bermandi-manda dan menikmati tempat rekreasi di dalam suasana perkampungan serta menikmati musim durian pada bulan julai-disember. Dimal Chalet juga ada menyediakan tempat perkhemahan, dorm dan pondok chalet untuk aktiviti motivasi yang telah disediakan peralatan lengkap diperlukan bagi program tersebut.

Selain itu, biar diri anda dibelai suasana nyaman hutan hujan dan amati haiwan serta tumbuhan di sekeliling anda sambil mencuba pelbagai jenis aktiviti pengembaraan yang mencabar. Ini kerana Dimal Chalet ada meyediakan perkhidmatan untuk menguruskan aktiviti lasak seperti rafting, crossing river dan melawat Gua Tempurung yang merupakan tempat yang terkenal di Gopeng.

Jamu deria anda di sana.Dengan layanan perkhidmatan bersederhana, rasai pelbagai jenis sajian lazat, dan disediakan dan hiburan yang mengasyikkan . BBQ juga disediakan bagi sesiapa yang inginkan berhibur di tepi sungai pada waktu malam.

Semua harga yang akan dikenakan mengikut permintaan pengunjung. Rundingan dan perbincangan akan dilakukan dengan budi bicara kedua-dua pihak.

PERTANYAAN DAN TEMPAHAN

Untuk sebarang pertanyaan dan dan tempahan:
Cikgu : 019-2755534
Jamaliah : 013-3549004
Email : dimal_chalet@yahoo.com
Untuk mengetahui selanjutnya tentang Dimal Chalet dan aktiviti yang telah dilakukan di chalet kami anda boleh melihatnya di blog ini.